Bila jumpa

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata "eee perempuan kotor ni". Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata "ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia". Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata "orang gila! jangan kacau aku". Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata "euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu". Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Renung-renungkanlah.

4 comments:

  1. setuju ! manusia tak boleh menilai. tu semua kerja Tuhan untuk nilai setiap orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita tidak boleh pandang buruk pada orang lain hanya kerana perbuatan atau fizikal mereka yang buruk. Mana lah kita tahu hati orang lain. Mungkin hati mereka lebih baik dari hati kita. :)

      Delete